Rabbani – Mahabbah

0, January 17, 2010
Posted by hazone


Mahabbah adalah album nasyid terbaru membuka tirai baru bagi tahun 1431 Hijrah & 2010 masihi daripada kumpulan Rabbani. Perginya seorang insan yang amat berharga dalam industri nasyid sekaligus menjadi tulang belakang Rabbani tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan.

100_3225 edit by artcrewz.

Track 09 – kata-kata hikmah V

“cintailah seseorang itu kerana taqwanya kepada Allah
jika ia menyintaimu, ia akan menghormatimu,
jika ia tidak mencintaimu, ia tidak akan mengainanyaimu”

100_3221 edit by artcrewz.

Diterajui oleh Ustaz Zul @ Zulkiflee Azman selaku vocal utama & anggota² lain Mohd Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Ahmad Shafie, Muhammad loqman Abdul Aziz, Mohd Rihauddeen Yaakob, Nazrul Azhar, Tumari @ Tamrin, Mohamad Afandi Shahbudin, Rabbani membariskan 16 track di dalam karya terbaru mereka ‘mahabbah’.

100_3223 edit by artcrewz.

Kehadiran Ustaz Sohibul Fadhil juga memberi suntikan baru kepada Rabbani untuk meneruskan perjuangan mereka. Boleh dikatakan hampir semua lagu² dalam album ini di adun oleh ‘DakMie’

100_3220 edit by artcrewz.

innama a’mal awwalu bil niat

Semoga Rabbani dapat meneruskan perjuangan mereka di masa hadapan.

“Al-Marhum Ustaz Mohamad Asri bin Haji Ibrahim dalam kenangan”

Leave a Reply