Archive for August, 2009

shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan

BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

Kebenaran Hadith menjelang Ramadhan

0, August 21, 2009
Posted by hazone

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada) ;
  • Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..

—————————————————————————————–

Saya kerap menerima email dan pesanan ringkas ucapan seperti di atas. Ini komen daripada pihak yang berkaitan berhubung tentang hadis tersebut.

Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:

  1. Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar.
  2. Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
  3. Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.

Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.

Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:

Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.

(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)

Wassalam.

Nurmaezah Omar
Jabatan Pematuhan Syariah
03-7801 1427

from : mzfaizal

Syafeera berdakwah melalui nasyid

0, August 18, 2009
Posted by hazone

IRAMA nasyid merupakan muzik universal. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Di Malaysia sendiri, lagu berunsurkan dakwah dan ketuhanan ini sentiasa mendapat sambutan walaupun sudah pelbagai genre muzik baru yang hadir.

Lihat saja kejayaan kumpulan nasyid seperti Raihan dan Rabbani. Bertahun-tahun mereka di industri muzik, namun masih tetap mendapat tempat di hati orang ramai.

Namun, walaupun kumpulan-kumpulan nasyid ini masih bertahan dalam industri, kumpulan nasyid wanita masih belum ada yang menyerlah dan bertahan lama.

Jika 30 tahun dahulu, kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti Al-Mizan, Al-Jawaher dan Hidayah mencipta nama sehingga masih diingati sehingga sekarang walaupun ketika itu irama nasyid belum lagi menjadi sepopular seperti hari ini.

Tetapi, senario kumpulan nasyid wanita ini hadir sekadar trend sahaja. Tidak bertahan lama seiring dengan kumpulan nasyid lelaki.

Bagi mengembalikan kegemilangan kumpulan nasyid wanita, kumpulan nasyid Syafeera yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini begitu optimis dengan apa yang mereka bawa ke dalam industri seni ini.

Dianggotai oleh empat orang wanita iaitu Seti Syuhada Zakaria atau Seti, Norashikin Abdullah (Ekin), Dahliana Robani (Leeya) dan Zanariyah Ngarit (Zana), Syafeera hadir dengan album sulung mereka yang bertajuk Cahaya Solat.

Menurut Leeya selaku ketua kumpulan Syafeera, mereka menghasilkan album bukanlah kerana ingin mengejar populariti tetapi sebagai salah satu cara mereka berdakwah kepada orang ramai melalui pendekatan irama nasyid.

“Disamping itu kehadiran kami dalam industri ini sebagai langkah pertama dalam usaha memartabatkan irama tersebut supaya semua golongan dapat menerima lagu nasyid ini sebagai pendidik jiwa kepada masyarakat,” kata Leeya.

Memperjuangkan

Menurut Leeya, mereka juga ingin bersama-sama memperjuangkan irama nasyid wanita, memandangkan pada masa ini, nasyid wanita sangat berkurangan.

“Kami berharap kehadiran Syafeera dapat diterima dan semua lagu-lagu yang kami sampaikan akan dijadikan iktibar, nasihat dan teladan dalam memilih hiburan yang baik dan bermanafaat,” ujar Leeya.

Menyingkap penubuhan Syafeera, Leeya berkata, kumpulan berkenaan tercetus apabila Abdul Halim Abdullah atau Aim Crossfire, mendengar nyanyian Leeya di Quantize Studio & Productions ketika Leeya datang bersama ahli keluarganya.

Kelunakan suaranya menggamit Aim untuk menubuhkan kumpulan nasyid wanita.

Leeya mengatur langkah dengan mengajak rakannya, Seti untuk menyertainya.

Seti pula yang merupakan guru sekolah agama mempelawa rakan seangkatannya, Zana untuk turut sama menyertai menyertai Syafeera.

Keindahan nama Syafeera dipetik daripada satu nama bunga. Ia umpama kumpulan berkenaan yang dianggotai kaum hawa dan namanya diberikan Aim sendiri.

Mengekalkan konsep nasyid tradisional, Syafeera tampil dengan album Cahaya Solat bulan Mei lalu yang memuatkan empat lagu seperti Cahaya Solat, Carilah Ilmu, Ku Mohon dan Dendang Nasihat.

Persembahan

Lagu-lagu mereka kini sering disiarkan di IKIM.fm dan Selangor FM, Melaka FM dan Negeri Sembilan FM.

Sebelum menghasilkan album ini, Syafeera aktif menyertai pertandingan-pertandingan nasyid dan sering mengadakan persembahan di sekitar Johor.

Antara pertandingan yang pernah disertai Syafeera ialah johan Pertandingan Nasyid Wanita Piala Ahli Parlimen Batu Pahat, naib johan Pertandingan Nasyid Moden Jabatan Agama Islam Johor, Marhaban di Astro dan johan Pertandingan Nasyid Wanita Peringkat Kebangsaan di Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam anjuran Pertubuhan Himpunan Budayawan Johor.

Mengulas tentang radio-radio mengutamakan untuk memainkan lagu kumpulan nasyid lelaki sahaja, Seti berkata, peluang harus diberikan sama-rata kerana tujuan mereka sama iaitu untuk berdakwah.

“Hak berdakwah itu bukan hanya terletak di bahu lelaki semata-mata. Golongan wanita juga mempunyai ruang untuk berbuat demikian.

“Lagipun, bukannya kami mengalunkan lagu yang boleh membuatkan orang ramai sampai teruja berlebih-lebihan.

“Selagi batas agama dijaga, kami juga mempunyai hak untuk muncul di pentas menyampaikan lagu berunsur dakwah kepada khalayak,” ujar Seti yang bergelar seorang ustazah.

from : utusan

NasyidFM Theme Song (demo)

0, August 17, 2009
Posted by hazone

Album Radzi – Penyesalan

0, August 17, 2009
Posted by hazone

Salam’alaik!

kali ni ana berkongsikan dengan anta2 semua sebuah album nasyid dari seorang rockers ketika dahulu.

Siapa?

Radzi @ Ustaz Radzi Merupakan vocalis kumpulan Melissa yang popylar dengan lagu “cinta untuk nabila” dalam era 90an. Selepas meninggalkan kumpulan Melissa beliau bergerak aktif dalam usaha dakwah disamping bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Setelah 17 tahun menyepi, album ini adalah sebagai hadiah kepada peminat kumpulan Melissa khasnya juga kepada peminat nasyid.Album ini juga menampilkan munsyid wanita dari Indonesia iaitu ‘Yenny’.

Track

1. Penyesalan

2. Solat

3. Cinta Allah

4. Lailatul Qadar

5. Solat Tahajjud

6. Kalimah Mulia

7. Kawanku

8. Pujian Illahi

9. Gelisah Hatiku

10. Penyesalan (akustik)

Terbitan : DEEN PRODUCTION SDN BHD.

Edaran : INTEAM RECORDS

p/s : jangan lupa dengarkan di NasyidFM

Akhill Hayy nikahi Waheeda

0, August 17, 2009
Posted by hazone

penyanyi dan penceramah Ustaz Akil Hayy, 40, akhirnya telah bernikah dengan penyanyi dan pelakon Waheeda, 30, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Kedua-dua mereka telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz akad dan telah dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid. Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80, senaskhah Al-Quran dan 7 dulang hantaran berbalas 11. Turut hadir di majlis itu, anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12, dan Muhd Syarif Idayatullah, 11.

sumber : murai

Takziah kepada keluarga Ustaz Asri Rabbani

0, August 17, 2009
Posted by hazone

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga ustaz Asri & juga ahli2 rabbani. Pemergian yang tidak diduga. Sungguh muda arwah kembali kepada Pencipta. Kali terakhir bertemu di konsert Antara Dunia 1 ogos lalu. Semoga rohnya berada di kalangan para solihin. Amin.

Semoga Rabbani meneruskan perjuangan