Archive for January, 2009

Are-Buddy

0, January 31, 2009
Posted by hazone

NAMA KUMPULAN :ARE-BUDDY (ABADI)

ALBUM PERTAMA :KALIMAH WARISAN

DI TUBUHKAN :28 DISEMBER 2005

AHLI KUMPULAN :MOHD HAIRUDIN BIN KASIM

:HAZMAN BIN MOHAMED

:MOHD ROSLAN BIN YUSOFF

:MUHAMMAD ZAWAWI BIN AHMAD

ALAMAT SURAT MENYURAT :D EPAN SEK. MEN. LONG YUNUS BERIS KUBUR BESAR, 16350 BACHOK KELANTAN.

TEL :017-956 4969 (HAZMAN)

:019-9911 608 (ROSLAN)

:013-2002 318 (HAIRUDIN)

: 019-4948 321 (ZAWAWI)

SEKOLAH :MAAHAD AMIR INDRA PETRA, 16350 BACHOK KELANTAN.

PENGALAMAN :MENGURUS DAN MENERBITKAN 1 ALBUM NASYID.

LATIHAN :LATIHAN SETIAP MINGGU
PRESTASI :SERING MENERIMA DAN MEMENUHI UNDANGAN DARIPADA PIHAK LUAR, IAITU PERINGKAT DAERAH, PERINGKAT NEGERI, DAN JUGA SWASTA DARI SEMASA KE SEMASA

================================================== ========

ALBUM KALIMAH WARISAN – ARE-BUDDY

Album yang dinanti-nantikan pencinta nasyid tanahair kini telah terbit. Album pertama Are-Buddy, KALIMAH WARISAN – ARE-BUDDY terbitan Are Buddy Enterpise dan edaran SLZ Production.

Uniknya Album ini, ianya diusahakan sendiri oleh warga Are-Buddy sendiri. dengan rentak muzik yang tersendiri harap ianya lebih segar tetapi tidak sampai merosakkan keaslian lagu ini.

Senarai lagu-lagu hits yang bakal menyingkap diri anda:

1. Takhta Bonda
2. An Nida U Minal A’Mak
3. Lukisan Rindu
4. Lapangan Perjuangan
5. Uwais Al-Qarni
6. Muslimah Sejati
7. Faqirnya Aku
8. Dianku Abadi
9. Budaya Islam Wawasan Ummah
10. Selamanya

Dapatkan album ini di pasaran sekarang dengan harga RM 18.90 (CD)

Dr. Juanda mufti baru Perlis

0, January 31, 2009
Posted by hazone

Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya, 37, disahkan sebagai mufti baru Perlis baru mengantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November tahun lalu.

Pengisian Dr. Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak menamatkan spekulasi ‘kerusi’ Mufti Perlis selepas kosong hampir dua bulan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu ketika mengesahkan pelantikan itu berkata, Dr. Juanda dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.

Katanya, pemilihan bekas Naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

‘‘Beliau dijangka memulakan tugasnya sebagai Mufti Perlis awal Februari ini selepas urusan pemindahannya selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

‘‘Saya juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudi meminjamkan Juanda bagi berkhidmat di Perlis,” katanya.

Dr. Juanda Jaya, anak kelahiran Sarawak yang dilantik Mufti Perlis yang baru berkata, Perlis bukan asing baginya kerana sebelum ini beliau banyak menyertai program berkaitan Islam di negeri itu selain dibawa bersama ke luar negara oleh Kerajaan Perlis untuk kegiatan dakwah. “Pelantikan saya sebagai Mufti Perlis adalah bukti hubungan integrasi yang telus dan kalau sebelum ini ramai tokoh agama dari Semenanjung dijemput ke Sarawak dan Sabah, namun hari ini kita juga boleh dijemput di Semenanjung,”

-Utusan-

Kembara Perlancongan Perlis

0, January 30, 2009
Posted by hazone

Adobe Photoshop – canvas balance

0, January 29, 2009
Posted by hazone

Canvas balance? apa itu? istilah datang mana plak nih???

Hehe.. xla. Sebenarnya istilah tu dicipta sendiri @ pemahaman sendiri. Sebenarnya ini basic photoshop sebelum memulakan sesuatu design @ artworks.Ini untuk korang mendapatkan titik tengah canvas korang. Dan membezakan kiri, kanan, atas, bawah dengan mengunakan garisan ‘Guides’ vertical mahupun horizontal.  Harap ianya dapat membantu korang yang baru nak belajar @ yang masih belum tahu.

1. Sediakan canvas (New file) dalam size yang korang nak dengan meng’klik’ file > New

2. Bila dah tersedia canvas korang. Korang kena pegi kat ‘view’ pastu klik ‘Rulers’

3. Bila dah siap ‘view Rulers’. Korang pegi kat bahagian ‘Layers’. Korang ‘duplicate’ kan layers yang asal. Ini adalah cara mudah untuk korang bahagikan ‘titik tengah’ canvas korang. Pastikan korang tick kotak ’show transform control’ di bawah button ‘view’ @ ‘window’.

Then bila dah siap ‘duplicate layers‘. Terpulang pada korang nak delete @ biarkan saja layers yang asal. Ini tidak mendatangkan kemudaratan kepada artworks korang ataupun pada korang sendriri. Kwang3.

4. Then korang tarik di bahagian ‘Rulers’ pada canvas korang. Akan munculnya satu garisan ilusi yang dipanggil ‘Guides’. Korang tarik garisan guides ni sampai berada di tengah canvas dengan berpandukan kotak ‘ transform control’ yang terpapar pada canvas. Tarik ‘guides’ vertical dan juga horizontal.

5. Ha.. da siap pun ‘canvas balance’ korang. Bolehla korang letak apa2 objek yg menjadi artworks korang berada di tengah² canvas. Contoh seperti text di bawah. Selamat mencuba!

Bunkface – situasi

0, January 27, 2009
Posted by hazone

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

Kajian bawa Michael kepada Islam

0, January 22, 2009
Posted by hazone

DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai!

Kursus Adobe Illustrator

0, January 21, 2009
Posted by hazone

Adobe Illustrator

Level : Basic – Intermediate
Duration : 2 days
Training Date : 04 February 2009 – 05 February 2009
Venue : Uniten Bangi
Price Per Person : RM 990
On Site :RM 790

More Info : here

Nasyid Rock?

0, January 20, 2009
Posted by hazone

THEWANS

Thewans… artis Pop Nasyid Indie Rock bakal muncul dengan mini album mereka tidak lama lagi…