Archive for September, 2008

Album Nasyid : All One – Arah

1, September 14, 2008
Posted by hazone

All One – Arah

All-One adalah sebuah kumpulan nasyid yang menggabungkan empat orang anak muda dan merupakan mahasiswa Pengajian Ilmu Wahyu UIAM . Ia ditubuhkan pada tahun 2000 apabila mereka bertemu di kampus UIA Gombak. “All-One” adalah istilah Inggeris yang membawa maksud forming a complete unit dan ia juga kalimah Arab yang bermaksud ‘warna-warni’ dan di dalam bahasa melayunya bolehlah di istilahkan sebagai ‘aluan’.

Dapatkan Album Nasyid terbaru daripada Kumpulan All One bertajuk Arah. Yang Menemui anda pada 1 ramadhan yang lalu.All-One yang dianggotai oleh Kamal, Sham, Zack & Fazil. Dapatkan yang original!!!

Track :

1. Bilal bin rabah
2. Arah
3. Kasih ibu
4. Sahabat
5. Selawat nabi
6. Indahnya Islam
7. Hadirnya insan
8. Kesaksian
9. Kenangan dahulu
10. Selawat burdah

rujukan:

http://www.myspace.com/allone

http://all_one.blogspot.com

Cara Menyambut Bulan Ramadhan

1, September 1, 2008
Posted by hazone

Segala pujian kepada Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, salawat dan salam buat Junjungan mulia Sayidina Muhammad dan kepada keluarganya.
Saudara-saudari seislam yang dimuliakan,
Andainya seorang teman yang anda kasihi dan segani, menghubungi anda dan menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?

Kepalsuan Hadis Solat Terawih???

1, September 1, 2008
Posted by hazone

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.