Archive for June, 2008

MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyeru pemimpin-pemimpin Melayu Muslim agar duduk semeja atas semangat persaudaraan untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini.

Dr Asri membuat seruan ini setelah melihat perkembangan politik yang tidak berapa sihat dewasa ini.

“Memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah maka saya merayu pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar dapat duduk semeja atas semangat persaudaraan Islam bukan atas semangat politik kepartian,” kata Dr Asri ketika dihubungi di sini tengahari.

Amar

1, June 13, 2008
Posted by hazone

NAMA: Amar atau Arif Muazzim Abdul Rahman.

NAMA KOMERSIAL: Amar.

UMUR: 26 tahun.

TEMPAT KELAHIRAN: Pulau Pinang.

KELULUSAN: Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

JAWATAN: Pengarah Urusan Impian Production.

PENGHARGAAN DITERIMA: Pernah menjadi Ikon Berita Harian 2003 dan anugerah pelajar paling aktif Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (1998).

KEBOLEHAN: Artis nasyid, penerbit, komposer, penyusun muzik, kartunis dan persembahan silap mata. Pernah menghasilkan cakera padat video silap mata yang berjudul ‘Amar IPT Magic’, Magic.

Lagu ‘Nurul Iman’ menjuarai Carta Nasyid Ikim.fm tujuh minggu berturut-turut, malah menggondol juara keseluruhan Carta Nasyid Minggu Ini.

KARYA TERBARU: Buku motivasi, ‘Anda Mampu Melakukannya’.

Nasyid Lagenda II

1, June 13, 2008
Posted by hazone

10 lagu hebat di dalam album Nasyid Legenda 2 ini adalah Berita Gembira (nyanyian asal Al-Jawaher), Anak Derhaka (El-Suraya), Adam dan Hawa (Al-Jawaher), Dikit Sedikit (Al-Jawaher), Warna Alam (Al-Jawaher), Haji (Sweet Charity), Hidup Yang Hampa (El-Suraya), Pohon dan Pinta (El-Suraya), Hawa Nafsu (El-Suraya) dan Syuhada’ (Sinar Murni). Kesemua lagu lama yang terpilih ini telah diberi sentuhan baru dari segi susunan muzik dan vokal penyanyinya namun tidaklah sehingga menjejaskan keasliannya.

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktulagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

subhanallah…

Artcrewz Wallpaper (vector version)

1, June 4, 2008
Posted by hazone

Download : Right Clik > Save As

Dimensions : 1102 x 820

NasyidFm 08 wallpaper

1, June 4, 2008
Posted by hazone

Download : Right clik > Save as

Dimensions : 1101 x 819