Archive for the ‘Hadis’ Category

Kebenaran Hadith menjelang Ramadhan

0, August 21, 2009
Posted by hazone

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada) ;
  • Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..

—————————————————————————————–

Saya kerap menerima email dan pesanan ringkas ucapan seperti di atas. Ini komen daripada pihak yang berkaitan berhubung tentang hadis tersebut.

Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:

  1. Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar.
  2. Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.
  3. Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.

Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.

Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:

Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.

(Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)

Wassalam.

Nurmaezah Omar
Jabatan Pematuhan Syariah
03-7801 1427

from : mzfaizal

Mini Album Sofieya

0, April 26, 2009
Posted by hazone

6 lagu dari mini album Sofieya

  • Rangkai Kasih
  • Eksplorasiku
  • Teman Terlalu Akrab
  • Kau Wanita
  • Selawat Tawassul
  • Linangan Air Mata

from : mzfaizal

Ungu – Surga Hati

1, October 26, 2008
Posted by hazone


tetes air mata,
di saat ku berdiri
di tanahMu yang suci
tak henti memuji
mulut ini berdzikir
saat ku melihat
surga hati disini

sejenak pandangi
rumahmu yang indah
tak pejamkan mata
tak dapat ku bicara
ingin ku meraih
tuk menggapaiMu
tak sabar menanti
tuk panjatkan doa padaMu

Ku ingin disini, ingin tetap disini
bila kupulang nanti, izinkan ku kembali
ku ingin disini, ingin tetap disini
bila kupulang nanti, panggil aku lagi

Tak sabar menanti tuk panjatkan doa padaMu

IFTAR 08

1, October 4, 2008
Posted by hazone

Salam alaik!

fiuu….. kali ni lepas raya baru sempat update blog. 2 3 hari before ramadhan ritu sempat la berbuka ngan sahabat² yang kamcing dari skola dulu. Sahabat je la… sahabiah xde HeHeHe..

Actually mmg bole dikata tiap tahun kitorang reunion/berjumpa/berbuka sekali selain berjumpa time raya. Tapi jarang lak bergambar. Haa.. kali ni sempat la gak posing2 sket.  Tapi x cukup korum gak le. Sedara Sham xde skali. Kata si Syakir bliau berhijrah ke germany cari calon isteri kat sana HuaHuah!! Xde la.. Sham pg bljar chef kot.

dari kiri : syakir Dzameer & diriku

En. Saleh (bakal cikgu. Keluaran UPSI huaha)

Saleh & Mat Arip

Mat Arip (pegawai Tabung Haji tu.. perghhhh)

En.Labu & Syakir

Mat Arip, Labu(status penganggur tetap) & Syakir

Dzameer (dia ni under jabatan perangkaan) & diriku

penanam anggur ngah fikir “sapo nk bayar jap gi?”

Huh.. memang best berbuka aritu. Da lama x reunion camni skali. Dah tu rezeki datang mencurah.. time nk bayar makcik tu kata “dik.. dah ada org bayarkan tadi”. Perghhhhhhhhhhh…. magik tba2 ada org bayarkan. Semua x perasan pun. X nampak orang yg dikenali pun. Mybe dia xnak tau sapa dirinya. Ala.. da ikhlas kan.. orang xtau sape kita pn xpe kan? Syukur le satu sen pun x kuar. Mudah²an orang yang blnjer tu dimurahkan rezeki lg dan di panjangkan umo. Aminnn

p/s: da masuk 3 syawal baru sempat post. Aiya

Kepalsuan Hadis Solat Terawih???

1, September 1, 2008
Posted by hazone

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis 1

1, May 24, 2008
Posted by hazone

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.