
Archive for the ‘perlis’ Category
mode : COD modern warfare 2
dah lama game ni kua.. aku baru nk layan….
Syafeera berdakwah melalui nasyid
IRAMA nasyid merupakan muzik universal. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Di Malaysia sendiri, lagu berunsurkan dakwah dan ketuhanan ini sentiasa mendapat sambutan walaupun sudah pelbagai genre muzik baru yang hadir.
Lihat saja kejayaan kumpulan nasyid seperti Raihan dan Rabbani. Bertahun-tahun mereka di industri muzik, namun masih tetap mendapat tempat di hati orang ramai.
Namun, walaupun kumpulan-kumpulan nasyid ini masih bertahan dalam industri, kumpulan nasyid wanita masih belum ada yang menyerlah dan bertahan lama.

Jika 30 tahun dahulu, kumpulan-kumpulan nasyid wanita seperti Al-Mizan, Al-Jawaher dan Hidayah mencipta nama sehingga masih diingati sehingga sekarang walaupun ketika itu irama nasyid belum lagi menjadi sepopular seperti hari ini.
Tetapi, senario kumpulan nasyid wanita ini hadir sekadar trend sahaja. Tidak bertahan lama seiring dengan kumpulan nasyid lelaki.
Bagi mengembalikan kegemilangan kumpulan nasyid wanita, kumpulan nasyid Syafeera yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini begitu optimis dengan apa yang mereka bawa ke dalam industri seni ini.
Dianggotai oleh empat orang wanita iaitu Seti Syuhada Zakaria atau Seti, Norashikin Abdullah (Ekin), Dahliana Robani (Leeya) dan Zanariyah Ngarit (Zana), Syafeera hadir dengan album sulung mereka yang bertajuk Cahaya Solat.
Menurut Leeya selaku ketua kumpulan Syafeera, mereka menghasilkan album bukanlah kerana ingin mengejar populariti tetapi sebagai salah satu cara mereka berdakwah kepada orang ramai melalui pendekatan irama nasyid.
“Disamping itu kehadiran kami dalam industri ini sebagai langkah pertama dalam usaha memartabatkan irama tersebut supaya semua golongan dapat menerima lagu nasyid ini sebagai pendidik jiwa kepada masyarakat,” kata Leeya.
Memperjuangkan
Menurut Leeya, mereka juga ingin bersama-sama memperjuangkan irama nasyid wanita, memandangkan pada masa ini, nasyid wanita sangat berkurangan.
“Kami berharap kehadiran Syafeera dapat diterima dan semua lagu-lagu yang kami sampaikan akan dijadikan iktibar, nasihat dan teladan dalam memilih hiburan yang baik dan bermanafaat,” ujar Leeya.
Menyingkap penubuhan Syafeera, Leeya berkata, kumpulan berkenaan tercetus apabila Abdul Halim Abdullah atau Aim Crossfire, mendengar nyanyian Leeya di Quantize Studio & Productions ketika Leeya datang bersama ahli keluarganya.
Kelunakan suaranya menggamit Aim untuk menubuhkan kumpulan nasyid wanita.
Leeya mengatur langkah dengan mengajak rakannya, Seti untuk menyertainya.
Seti pula yang merupakan guru sekolah agama mempelawa rakan seangkatannya, Zana untuk turut sama menyertai menyertai Syafeera.
Keindahan nama Syafeera dipetik daripada satu nama bunga. Ia umpama kumpulan berkenaan yang dianggotai kaum hawa dan namanya diberikan Aim sendiri.
Mengekalkan konsep nasyid tradisional, Syafeera tampil dengan album Cahaya Solat bulan Mei lalu yang memuatkan empat lagu seperti Cahaya Solat, Carilah Ilmu, Ku Mohon dan Dendang Nasihat.
Persembahan
Lagu-lagu mereka kini sering disiarkan di IKIM.fm dan Selangor FM, Melaka FM dan Negeri Sembilan FM.
Sebelum menghasilkan album ini, Syafeera aktif menyertai pertandingan-pertandingan nasyid dan sering mengadakan persembahan di sekitar Johor.
Antara pertandingan yang pernah disertai Syafeera ialah johan Pertandingan Nasyid Wanita Piala Ahli Parlimen Batu Pahat, naib johan Pertandingan Nasyid Moden Jabatan Agama Islam Johor, Marhaban di Astro dan johan Pertandingan Nasyid Wanita Peringkat Kebangsaan di Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam anjuran Pertubuhan Himpunan Budayawan Johor.
Mengulas tentang radio-radio mengutamakan untuk memainkan lagu kumpulan nasyid lelaki sahaja, Seti berkata, peluang harus diberikan sama-rata kerana tujuan mereka sama iaitu untuk berdakwah.
“Hak berdakwah itu bukan hanya terletak di bahu lelaki semata-mata. Golongan wanita juga mempunyai ruang untuk berbuat demikian.
“Lagipun, bukannya kami mengalunkan lagu yang boleh membuatkan orang ramai sampai teruja berlebih-lebihan.
“Selagi batas agama dijaga, kami juga mempunyai hak untuk muncul di pentas menyampaikan lagu berunsur dakwah kepada khalayak,” ujar Seti yang bergelar seorang ustazah.
from : utusan
Pesta Buku Perlis 2009

bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dengan sokongan Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Pesta Buku Perlis 2009 pada 23 Jun sehingga 29 Jun 2009 bertempat di Dewan Sek. Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik Jalan Raja Syed Alwi Kangar. lebih lanjut sila hubungi 04-9761703
Nasyid Syafeera

Suara lunak Leeya cetus Syafeera
Semuanya menghimpun peminat tersendiri. Ini adalah kerana nilai estetika tinggi dalam muzik berjaya mempengaruhi setiap individu.
Hari ini, band indie mula menjengah pasaran arus perdana yang mewujudkan persaingan sihat dalam persada seni tanah air.
Artis ‘mi segera’ jolokan untuk artis realiti berlumba-lumba mencuba nasib di arena nyanyian, namun hakikat sebenar untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Monopoli kaum Adam jelas dalam arena nasyid tanah air seperti Raihan, Rabbani, In-Team dan Hijjaz. Ini berlaku bukan kerana diskriminasi, tetapi kerana kurangnya artis nasyid wanita.
Bersandar itu, sekumpulan wanita dari Batu Pahat, Johor bertekad menubuhkan kumpulan nasyid wanita dipanggil Syafeera.
Kehebatan kumpulan nasyid lelaki dijadikan cabaran oleh Syafeera.
Dianggotai Seti Syuhada Zakaria atau Seti, 26; Norashikin Abdullah (Ekin), 23; Dahliana Robani (Leeya), 28, dan Zanariyah Ngarit (Zana), 24, Syafeera bertekad memecah monopoli artis lelaki.
Menyingkap penubuhan Syafeera, Leeya berkata kumpulan berkenaan tercetus apabila Abdul Halim Abdullah atau Aim Crossfire, 41, mendengar nyanyian Leeya di Quantize Studio & Productions di Batu Pahat.
Kelunakan suaranya menggamit Aim untuk menubuhkan kumpulan nasyid wanita.
Leeya mengatur langkah dengan mengajak rakannya, Seti untuk menyertainya.
Tidak menoleh ke belakang, Seti adalah guru sekolah agama mempelawa rakan seangkatannya, Zana untuk turut sama menyertai manakala Zana menerima tawaran rakan baiknya, Leeya menyertai Syafeera.
Mengekalkan konsep nasyid tradisional, Syafeera tampil dengan album single Syafeera, Cahaya Solat yang memuatkan empat lagu seperti Cahaya Solat ciptaan Adha dan lagu oleh Aim, Carilah Ilmu (Adha, Aim), Ku Mohon (Leeya, Leeya) dan Dendang Nasihat (Fauzan, Aim).
Menurut Leeya, lagu dalam album itu disulami dengan nasihat dan pengajaran.
“Album single kami ini dihasilkan untuk memperkenalkan Syafeera kepada masyarakat.
“Melalui cara ini, kami dapat mengetahui penerimaan peminat terhadap album dan konsep yang kami bawakan.
“Selepas ini, berkemungkinan kami bakal tampil dengan album penuh.
“Lagu untuk album ini sudah siap dirakam dan menunggu masa untuk menjengah pasaran.
“Kami bersemangat untuk menaikkan semula irama nasyid yang kian malap. Selama ini kita hanya mendengar nasyid artis lelaki, diharap Syafeera dapat mengisi kekosongan ini,” katanya.
Di samping itu, Leeya berkata status mereka tidak perlu disembunyikan.
Ini kerana dalam menubuhkan Syafeera, suaminya banyak memberikan sokongan dan dorongan.
Leeya dan Ekin sudah berumah tangga manakala Seti bakal mengikut jejak mereka pada tahun ini. Hanya Zana masih belum berkeluarga.
Keindahan nama Syafeera dipetik daripada satu nama bunga. Ia umpama kumpulan berkenaan yang dianggotai kaum hawa dan namanya diberikan Aim sendiri.
Antara pertandingan yang pernah disertai Syafeera ialah johan Pertandingan Nasyid Wanita Piala Ahli Parlimen Batu Pahat, naib johan Pertandingan Nasyid Moden, Marhaban di Astro dan johan Pertandingan Nasyid Wanita Peringkat Kebangsaan di Festival Kebudayaan dan Kesenian Islam.
Menurut Seti, kerjaya seni tidak mengganggu karier mereka sebagai guru.
“Kerjaya tetap kerjaya. Masa untuk Syafeera tetap ada, tetapi tidak mengganggu masa mengajar. Kami hanya menerima tawaran pada ketika itu kami tidak mempunyai sebarang program,” katanya.
1) Nama: Dahliana Binti Robani
Nama komersial: Leeya
Tarikh lahir: 12 Nov 1981
Asal: Batu Pahat, Johor
Idola: Rabbani, Al-Jawaher, El- Suraya
2) Nama: Seti Syuhada Binti Zakaria
Nama komersial: Seti
Tarikh lahir: 14 ogos 1982
Asal: Batu Pahat, Johor
Idola: Rabbani
3) Nama: Norasyikin Binti Abdullah
Nama komersial: Ekin
Tarikh Lahir: 2 Feb 1986
Asal: Batu Pahat, Johor
Idola: Rabbani
4) Nama: Zanariah Binti Ngarip
Nama komersial: Zana
Tarikh Lahir: 3 Apr 1985
Asal: Batu Pahat, Johor
Idola: Rabbani
metro
p/s : Dengarkan lagu-lagu Syafeera ekslusif di Nasyidfm!
Mini Album Sofieya

6 lagu dari mini album Sofieya
- Rangkai Kasih
- Eksplorasiku
- Teman Terlalu Akrab
- Kau Wanita
- Selawat Tawassul
- Linangan Air Mata
from : mzfaizal
Dr. Juanda mufti baru Perlis
Bekas Naib Mufti Sarawak, Dr. Juanda Jaya, 37, disahkan sebagai mufti baru Perlis baru mengantikan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November tahun lalu.
Pengisian Dr. Juanda yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak menamatkan spekulasi ‘kerusi’ Mufti Perlis selepas kosong hampir dua bulan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu ketika mengesahkan pelantikan itu berkata, Dr. Juanda dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.
Katanya, pemilihan bekas Naib Mufti Sarawak itu juga telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
‘‘Beliau dijangka memulakan tugasnya sebagai Mufti Perlis awal Februari ini selepas urusan pemindahannya selesai dengan kerajaan Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
‘‘Saya juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudi meminjamkan Juanda bagi berkhidmat di Perlis,” katanya.
Dr. Juanda Jaya, anak kelahiran Sarawak yang dilantik Mufti Perlis yang baru berkata, Perlis bukan asing baginya kerana sebelum ini beliau banyak menyertai program berkaitan Islam di negeri itu selain dibawa bersama ke luar negara oleh Kerajaan Perlis untuk kegiatan dakwah. “Pelantikan saya sebagai Mufti Perlis adalah bukti hubungan integrasi yang telus dan kalau sebelum ini ramai tokoh agama dari Semenanjung dijemput ke Sarawak dan Sabah, namun hari ini kita juga boleh dijemput di Semenanjung,”
-Utusan-


